KURSUS : DUB 2012-NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SEMESTER: 2
SESI : DIS 2016
NAMA PENGSYARAH : 1.MOHD ZAID BIN ISMAIL
2.MUHAMMAD SOLIHIN BIN YAAKUB
AHLI KUMPULAN : 1. CHANG SHENG SHUI (15DPB16F1001)
2.MUKESNATH RAO A/L SHIVAJI RAO (15DPB16F1056)
3.SEETHA A/P RAMALOO (15DUB16F1042)
4. THIVASHINI A/P RAWI (15DKAF1028)
5.SHUBASHINI A/P VELAYUTHAM (15DKA16F1147)
6.ARJUN A/L BATUMALAY (15DKA16F1064)
7.SATVIR KAUR A/P BALJIT SINGH (15DKA16F1023)
1.Maksud Keluarga Bahagia
-Keluarga bahagia ialah keluarga yang sentiasa bersama sama ada susah atau senang.Keluarga juga boleh menggembirakan kita terutama apabila mendapat anak.Sebagai seorang suami kita perlu menunjuk teladan yang baik kepada anak anak.Keluarga juga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu dengan lain secara kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta peka dan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan dan keperluan ahli-ahlinya. Untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan kondusif, tunjukkan kasih sayang dan wujudkan
interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga.
2.Faktor Untuk Mewujudkan Keluarga Bahagia
Faktor PERTAMA
Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga bahagia adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
Faktor Ketiga
Ibubapa perlu mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.
--kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci harus diwarnakan oleh ibubapa. Anak-anak merupakan golongan yang paling memerlukan perhatian dan sokongan dalam menbentuk peribadi yang sempurna.
--Sebagai contoh kerajaan telah mengisytiharkan Sabtu sebagai cuti umum manakala pihak swasta telah memberi pelepasan kepada pekerja pada hari Subtu pertama setiap bulan. Ibibapa perlu mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak pergi berkelah atau melawat tempat-tempat bersejarah di negara kita. Aktiviti-aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan menbentuk keluarga yang penyayang da samping memberi tempat untuk anak-anak meluahkan isi dan hati mereka.
Faktor Keempat
Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinangtidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.ng sihat di kalangan ahli keluarga
Faktor Kelima
Memberikan perhatian dan kasih sayang
Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
3.Status 'Keluarga Bahagia' di Malaysia pada masa kini
Status Keluarga Bahagia semasa di Malaysia yang merangkumi permasalahan individu, keluarga, masyarakat dan negara perlu diatasi dengan bijaksana dan cara yang terbaik. Permasalahan kekeluargaan seperti perceraian dalam keluarga membabitkan suami isteri juga semakin meningkat.
Kehidupan yang terlalu mengutamakan harta benda, kerja dan keseronokan hawa nafsu juga penyumbang kepada masalah dalam keluarga. Selain itu, kehidupan yang mementingkan hiburan dan kebebasan sosial dikatakan faktor sampingan yang membawa kepada masalah dalam rumah tangga.
Selain itu, dari segi sosial /hubungan antara ahli keluarga juga semakin pudar disebabkan oleh budak/remaja pada hari ini tertagih dengan telefon pintar dan masa yang diluangkan untuk keluarga juga berkurangan.
4. Rumusan
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.
5. Cadangan Kepada Pihak Berwajib
Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai sayangmenyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala nasihat mereka.
Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Oleh itu, anakanak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa dan anak-anak.
Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi dapat membantu pembangunan negara.
Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.
Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.
No comments:
Post a Comment